BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Berkaitan dalam solat , saya syak tertinggal duduk antara dua sujud dan sujud kedua pada rakaat ketiga , maka saya bertindak menambahkan 1 rakaat sebagai ganti kepada kesilapan saya itu . Hanya selepas sehabis solat saya mengetahui cara sebetulnya untuk menggantikan kesilapan saya itu . Apakah sah solat saya awal tadi dan apakah hukumnya jika tidak tindakan apa yg perlu diambil jika membuat kesilapan dalam solat dan menggantikannya dengan menambah rakaat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat dengan menambah bilangan rakaat adalah batal dan wajib diqada’ semula. Perbuatan menambah rakaat tidak dapat menampung rukun yang telah ditinggalkan iaitu duduk di antara dua sujud dan rukuk. Jika masih dalam keadaan solat, kemudian tuan sedar dan yakin telah meninggalkan salah satu rukun solat, maka wajib kembali semula ke kedudukan rukun tersebut dan meneruskan solat seperti biasa. Sebagai contoh, jika tuan yakin tertinggal duduk di antara dua sujud di rakaat pertama sedangkan tuan sudah bangun qiam di rakaat kedua, maka tuan hanya perlu kembali duduk di antara dua sujud bagi rakaat pertama kemudian meneruskan solat seperti biasa. Jika tuan telah selesai solat dan baru tersedar ada meninggalkan salah satu rukun solat maka solat tersebut wajib diulang semula. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 2026

message user image