BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Dlm tempoh musafir tetapi kita sudah sampai ke destinasi dan tiada masalah kekangan waktu, bolehkah kita jamakkan solat?. Cthnya dah sampai ke rumah ibu dan kita hanya goyang kaki, boleh ke jamak solat? Sedangkan solat ibadat yg sgt pentingkan waktu. Di Malaysia kebanyakan ustaz kata boleh dan ada kata sunat menyebabkan ramai org solat jamak dan qasar sekali sepanjang tempoh musafir dan dan dah tiada kekangan waktu dan biarkan waktu solat berlalu begitu shj sbb nak solat jamak. Solat qasar, saya jelas. Tapi solat jamak seperti yg diamalkan sekarang menimbulkan keraguan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat jamak dan qasar merupakan rukhsah dan keringanan untuk orang yang musafir sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran. Hukum jamak dan qasar dalam perjalanan 2 marhalah adalah harus. Manakala bagi jarak perjalanan 3 marhalah adalah sunat. Justeru, terpulang kepada individu sama ada untuk melaksanakannya atau tidak, memandangkan ia adalah hadiah dari Allah bagi orang yang bermusafir, selagi mana cukup syarat-syaratnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 189

message user image