BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Dari hukum faraid setelah di bahagi harta pusaka , untuk tambah harta boleh kah seorang isteri menuntut harta sepencarian dari waris walaupun dia tidak pernah kerja dan tak pernah menyumbang pada perbelanjaan arwah suami untuk rumah dan kenderaan ? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bekas isteri berhak dan boleh menuntut harta sepencarian hasil perkahwinan dengan arwah suaminya walaupun beliau tidak bekerja. Ukuran sumbangannya dalam perkahwinan bukan sahaja pada perbelanjaan untuk rumah dan kenderaan, malah ia akan ditentutan berdasarkan penghakiman oleh pihak Mahkamah Syariah. Sebaiknya urusan faraid dilakukan selepas diuruskan terlebih dahulu perkara berkaitan hutang arwah, haji (jika belum), fidyah/ kaffarah/ nazar/ wasiat (1/3) jika ada dan termasuklah urusan harta sepencarian. Jika berbaki barulah boleh difaraidkan kepada ahli waris. Rujukan : Fatwa Tentang Harta Sepencarian : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/102-fatwa-tentang-harta-sepencarian-selepas-kematian-salah-satu-pihak-dalam-perkahwinan-di-negeri-selangor Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Berkenaan Pembahagian Harta Sepencarian : http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/7f93f9ad07cad50448257115000d6a58?OpenDocument والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image