BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya soalan peribadi. Saya seorang perempuan. Dulu saya selalu tonton video yang ada bahagian tidak senonoh dan menaikkan syahwat saya. Saya tidak ada memasukkan apa-apa ke dalam kemaluan saya tetapi sering ada cecair yang keluar. Sudah bertahun saya lakukannya. Pada ketika itu, saya tidak tahu cecair apa yang keluar itu kerana kekurangan ilmu pengetahuan, dan teruskan saja solat. Baru-baru ini, saya ada buat carian mengenai air mani. Katanya, air mani adalah apabila kita berasa lesu setelah terangsang dengan syahwat, dan ianya keluar memancut. Bagi kes saya, ya saya berasa lesu walaupun saya tidak memasukkan apa-apa ke dalamnya, tetapi ianya tidak keluar memancut. Jadi, saya bingung, 1. Adakah ianya air mani? 2. Adakah sah solat saya selama ini? Saya tidak mandi wajib kerana saya tidak tahu ianya air mani. Saya mohon agar pertanyaan saya dijawab. Saya sudah buntu. Macam-macam carian sudah saya cari. Dan tak tahu nak bertanya di mana lagi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, menonton atau membuat perkara-perkara yang menaikkan syahwat kemudian keluar sedikit air itu adala dikira sebagai air mazi. Air Mazi dan Air Wadi tidak perlu kepada mandi, tetapi ia adalah najis. Daripada Ali b Abi Talib R.A. ia berkata :- ´Saya adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan Mazi, saya pun menyuruh Miqdad untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah S.A.W.. Nabi bersabda :- “Cukuplah dengan berwuduk sahaja” (Muttafagun alaihi, HR Al-Bukhari) Air mani adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyai bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok. Keluar dalam keadaan memancut. Hukumnya : Wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 222

message user image