Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada berkorban pada tahun ini. Ada kah tidak boleh memotong kuku dan rambut pada 1 Dzulhijah. Dan sampai bila kan tempoh larangan tersebut.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban adalah disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan zulhijjah sehingga selesai ibadah korban tersebut. Ia merupakan sunat kepada orang yang membuat korban. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.