BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya bekerja sebagai rider penghantar makanan di sebuah syarikat. Tetapi yang menjadikan saya khuatir adalah saya akan mendapat order dari pelanggan untuk makanan tak halal. Apakah hukumnya ustaz? Dan apa yang saya perlu lakukan? Jika saya terus kan pekerjaan ini. Apakah cara terbaik untuk menguruskan makanan ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, haram hukumnya melakukan kerja untuk perkara-perkara yang haram seperti menyajikan makanan yang haram. Hasil pendapatan juga dikira haram. Seperti firman Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 5: وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ “Dan janganlah kalian tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” Maka sebaiknya adalah dengan menghindari bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 176

message user image