BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya mahu tanya. 2 minggu yang lepas, kawan saya yang bukan islam baru saja makan daging babi untuk lunch. Kemudian, beliau memegang saya, air liur beliau terludah di atas ipad saya ketika beliau bertutur, dan surgical mask beliau (the one facing her mouth) touched my ipad. Adakah saya perlu samak diri saya dan ipad saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika yakin betul-betul selepas dia makan daging babi dan terludah pada ipad, maka perlu disertu. Tentang badan yang dipegang dan mask tidak perlu disertu kerana keadaannya kering dengan kering. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 76

message user image