BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: apakah hukum jika seseorang tidak berniat ihram di miqat kerana tertidur atau terlupa? dan apakah hadis yang berkaitan serta dam yang akan dikenakan terhadap orang yang melakukannya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum berniat ihram di miqat adalah wajib, jika tidak berniat di miqat sah haji/ umrahnya, tetapi dikenakan dam tertib dan takdir. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, katanya yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulkhulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnu Manzail, bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Semua tempat-tempat itu ialah tempat Ihram untuk orang-orang negeri tersebut dan orang-orang lain yang bermaksud (mengerjakan) haji melalui negeri-negeri itu. Selain dari orang-orang yang telah disebutkan itu, maka mulai ihramnya ialah dari mana ia muncul, seperti orang Mekah ialah dari Mekah.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image