Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya diberitahu oleh jiran Saya bahawa pagar rumah Saya telah disondol babi hutan. Sebelum Saya mengetahui perkara tersebut, Saya telah menyentuh pagar tersebut dan kawasan-kawasan lain sekitar dan didalam rumah Saya. Adakah saya perlu sertu pagar rumah saya dan kawasan-kawasan yang saya telah sentuh?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, Islam tidak memaksa melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya. Walau bagaimana ia tidak bererti mempermudah-mudahkan. saudara tidak perlu sertu jika tidak dilihat dengan jelas kenampakan kesan najis mughallazah tersebut. Jika nampak kesan najis tersebut maka perlulah disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.