Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ingin bertanya mengenai cara untuk menunaikan nazar. Contoh sekiranya nazar saya adalah untuk memberi orang atau anak yatim makan, haruskah saya lafazkan kepada orang yang nak diberi tersebut atau boleh diniatkan di dalam hati ketika membuat pembayaran. Sekiranya saya ingin membayar nazar tersebut dengan cara menghantar makanan ke rumah anak yatim, adakah saya perlu melafazkan kepada pembuat makanan/penghantar makanan tentang nazar itu atau cukup dengan niat sahaja tanpa perlu didengari oleh penghantar makanan tersebut. Ataupun adakah perlu saya pergi juga ke rumah tersebut untuk melafazkan bayar nazar itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah melaksanakan nazar hanya perlu berniat dan tidak wajib menyatakan nazar kepada penerima. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.