Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika isteri memberitahu pada suami hendak memfailkan tuntutan fasakh semasa bergaduh dan suami menjawab "boleh"....adalah talak sudah jatuh kepada isteri.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, jika suami ada menyebut perkataan cerai yang jelas seperti “aku ceraikan engkau” atau lafaz kinayah yang perlu kepada niat seperti “pergilah balik ke rumah mak engkau” dengan niat untuk menceraikan isteri barulah cerai itu berlaku. Jika hanya menyebut perkataan “boleh” tidak memberi sebarang maksud. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.