Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Sy ada lafaz takliq berbunyi mcm ni klu kau call Dia(tidak sebut nama) jatuh talak 3..adakah sah takliq itu
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz taklik tersebut adalah sah dan boleh membawa jatuh talak apabila pihak isteri melanggarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.