Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya tak pasti semasa selepas lahir dahulu ibu bapa saya aqiqahkan saya atau tidak. Kalau dilihat kemampuan ibu bapa saya ketika kecil besar kemungkinan sy belum diaqiqahkan. Mana yg lebih afdal sempena eidul adha tahun ini sy aqiqahkan diri sy atau buat qurban?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, bagi seseorang yang belum melakukan aqiqah, lebih baik melakukan aqiqah terlebih dahulu daripada qurban. Jika berkemampuan boleh dilakukan kedua-duanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.