BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya ingin penjelasan berkenaan sulam korea yang di lakukan oleh farratica medispa & hair salon, pihak mereka mengatakan sulam korea yang di gunakan adalah berbeza dengan sulam bedak lain kerana mereka tidak "tanam" untuk kekal cerah tetapi menggunakan vitamin untuk rawat kulit dari dalam dan hanyalah bersifat sementara


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tegasnya menggunakan rawatan ini bagi tujuan untuk menghilangkan aib atau apa-apa kecacatan yang mungkin memudaratkan pada individu adalah diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya ia bertujuan untuk menjadikan wajah lebih cantik sehingga mengubah kejadian asal ia adalah ditegah dan dilarang. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud RA, yang bermaksud : “Allah melaknat orang yang melakukan tatoo, orang yang minta ditatoo, orang yang mencabut keningnya, orang yang minta dicabut keningnya, orang yang minta direnggangkan gigi-giginya dan orang yang merubah ciptaan Allah” . Ibnu Mas’ud R.A. berkata : “ Bagaimana saya tidak melaknat mereka yang dilaknat Rasulullah SAW?” (Muttafaqun ‘alaih) Bagi rawatan kecantikan yang bersifat tidak kekal, hanya sementara dan akan hilang dalam masa singkat seperti mengenakan inai dan celak, maka ia dibolehkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 129

message user image