Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asalamualaikum ustaz, nak tanya berkaitan sertu, saya ada sertu rim kereta saya akibat kemalangan dengan babi, time saya nk habis sertu saya ada lap peluh di dhi dan rambut, apakah tangan, dahi dan rambut saya kena sertu jugak? Mohon tunjuk ajar ustaz. Dan lagi satu cara sertu menggunakan sabun taharah, saya ada buat dengan saya campurkan air dan sabun tu, sabun tu saya gosok dalam air sampai air bertukar keruh, kemudian lalukan ke tangan dan barang yang disertu apakah benar cara itu. Atau tidak boleh celup tangan dalam air untuk melarutkan sabun. Mohon penjelasan untuk saya hilang kan was2 yang timbul dalam diri saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu sertu tangan, rambut dan dahi tersebut. Bagi sertu yang menggunakan sabun tanah liat, hendaklah melarutkan sabun tersebut di dalam baldi yang berisi air menggunakan tangan sehingga hancur. Setelah larut, curahkan di kawasan yang terkena najis mughallazah. Kemudian, basuh dengan menggunakan air mutlak sebanyak enam kali basuhan. Sebagai rujukan, tuan juga boleh lihat link berikut sebagai panduan untuk orang ramai berkenaan Garis Panduan Sertu yang disediakan oleh JAKIM : http://www.halal.upm.edu.my/upload/dokumen/20170331122734garispanduansertu.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.