BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum WBT, saya was was kerana semalam saya beristinja sebelum mandi dan solat maghrib. Selepas selesai mandi, solat maghrib dan isya’ saya terbau tangan dan ada bau yg kurang menyenangkan. Adakah itu dikira najis dan perlukah saya solat qadha dan basuh semua benda yang saya sentuh. Dan lagi satu soalan , saya terlalu was was dalam hal ibadah, wuduk, najis sampai kadang2 saya rasa gelisah bila nak solat. Apa kah cara yang perlu saya buat untuk hilangkan was was ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perasaan was-was adalah berpunca daripada gangguan syaitan, maka seharusnya ditangani perasaan tersebut supaya ia tidak memberi mudharat kepada diri sendiri. Dalam hal ini, jika tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, bau atau rasa akan sesuatu najis, maka kembalilah kepada hukum asal bahawa ianya suci dan tidak perlu solat semula. Beberapa catatan ulama’ telah mengesyorkan untuk meghilangkan penyakit was-was ini antaranya; 1. Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. 2. Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was. Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji, iaitu ujian menentang syaitan. 3. Mempelajari tatacara ibadah yang sahih. Dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindari penyakit was-was ini. 4. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Fussilat : 36) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image