BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam... Saya nak tanya.. Macam mana nak jelaskan baki hutang Pembelian emas yang berbaki sekitar rm 400...kejadian berlaku pada 1997 di mana berlaku banjir teruk dan segala dokument termasuk nombor telefon Hilang... Sehingga kini tidak dapat berhubung dengan penjual tersebut ( ejen jual emas dari rumah) ... Mohon pencerahan... Apa perlu saya buat dgn baki hutang tersebut. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan membuat hebahan di media sosial mencari penjual tersebut atau warisnya. Jika dalam tempoh tertentu tidak dijumpai, bolehlah sedekahkan wang tersebut ke mana-mana institusi. Namun, sekiranya beliau atau warisnya datang menuntut, puan tetap wajib membayarnya semula. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”. (Riwayat at-Tirmizi) Bagaimanapun, dalam situasi sekarang, puan perlu lebih berhati-hati, ditakuti diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan puan terbeban dengan sesuatu yang tidak pasti serta diluar kemampuan. Oleh itu, pastikan yang menuntut mesti mempunyai bukti yang menunjukkan puan berhutang dengannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 183

message user image