BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya suka memasak makanan dari negara lain dan adakalanya sukar membeli ingredients. Sekiranya bahan A diperbuat 100% daripada seafood tetapi dibuat di kilang yang sama mengilangkan bahan lain yang mengandungi daging babi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus membuat penentusahan ke atas alat timbang tersebut kerana berfungsi sebagai wakil pihak kerajaan yang bertanggungjawab ke atas semua rakyat sama ada muslim atau bukan muslim. Namun, jika ada pilihan untuk tidak melaksanakan kerana ada syarikat lain yang boleh menjalankannya maka lebih afdhal tidak dilakukan kerana terdapat 10 golongan yang dilaknat apabila terlibat dengan arak. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالْمُشْتَرِي لَهَا، وَالْمُشْتَرَاةُ لَه Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam perkara arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 159

message user image