BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum , saya bekerja di syarikat pinjaman berlesen dan setiap pelanggan yang lulus membuat pinjaman dengan syarikat saya , saya akan mendapat komisen sebanyak 5-6% . setelah beberapa bulan saya bekerja saya menyedari bahawa pekerjaan saya mempunyai unsur riba. perlukah saya memulangkan komisen tersebut kepada pelanggan saya atau ada cara lain ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, sekiranya syarikat tersebut menggunapakai sistem konvensional, maka komisen yang diterima adalah daripada wang yang tidak patuh syarak. Apa-apa yang yang diterima daripada hasil yang tidak patuh syarak hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 103

message user image