BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum..anak saya bekerja sebagai penghantar makanan,kadangkala customer tidak mengambil makanan dan anak saya memberitahu pegawai yang bertugas dan pegawai tersebut memberitahu anak saya boleh membuat apa saja kepada makanan tersebut dan anak saya membawa makanan tersebut balik untuk dimakan sekeluarga..adakah makanan tersebut haram dimakan..?terima kasih..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus mengambil makanan tersebut setelah mendapat kebenaran atau keizinan daripada pegawai yang bertugas, yang dianggap wakil kepada tuan empunya perniagaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 147

message user image