Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, sekiranya saya membuat satu platform atau page yang mengumpulkan penjual pakaian dan sekiranya mereka meletakkan iklan pakaian yang tidak menutup aurat dgn sempurna adakah saya turut berdosa? Sekiranya iklan yang diletakkan bukan dlm kawalan saya. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hukum membuat page atau platform iklan kepada penjual produk pakaian yang berkemungkinan meletakkan iklan pakaian yang tidak menutup aurat adalah perbuatan yang syubhah dan dianggap membantu dalam perkara dosa. Sepertimana firman Allah SWT: وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ Maksudnya: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” (al-Maidah : 2) Adalah sebaiknya diteliti terlebih dahulu produk yang dijual, saudara berhak untuk meletak syarat tertentu bagi page tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.