BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Siapakah pengasas ajaran millah abraham dan adakah ajaran ini masih bergerak aktif dalam menyebarkan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari; 1. Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan menyeleweng pada 16 Mac 2011 (http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/196-hukum-ajaran-kumpulan-negara-islam-indonesia-n11-di-negeri-selangor). Kumpulan ini berasal dari Bogor, Indonesia yang diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut. 2. Ajaran ini masih bergiat aktif dalam kalangan masyarakat. Namun, mana-mana orang Islam sama ada individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman ajaran ini sebagaimana yang telah difatwakan (http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/441-fatwa-dasar-pengurusanagihan-manfaat-sewaan-perbadanan-wakaf-selangor-pws-2). Ajaran ini juga boleh mengancam keselamatan negara kerana telah merosakkan institusi keluarga dengan berlakunya perceraian dan boleh menggugat perpaduan umat Islam di negara ini. Terdapat juga unsur-unsur menghasut yang cuba memperlagakan atau mempertikaikan kewibawaan institusi ulama’ atau pihak berkuasa agama di negara ini apabila mereka mendakwa bahawa Islam yang dibawa oleh para ulama’ adalah palsu. Tuduhan ini akan membangkitkan kemarahan para ulama dan umat Islam secara umum. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 145

message user image