Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Tuan, saya ingin bertanya tentang cara mengambil wuduk dengan muka yang mempunyai jerawat yang masih berdarah. Saya pernah terbaca yang darah jerawat adalah najis yang tidak dimaafkan apabila terkena air. Jadi, adakah apabila saya mengambil wuduk dengan jerawat yang bernanah dan berdarah itu, (walaupun setelah cuba dihilangkan najisnya) air wuduk itu akan menjadi najis? Bagaimana saya perlu mengambil wuduk? Mohon pencerahan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, darah dan nanah tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Tetapi jika ia keluar melalui dua jalan sama ada qubul atau dubur maka batallah wudhuknya. Namun demikian, darah dan nanah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan solat, kerana kita perlu bersih dan suci daripada najis pada tubuh, pakaian dan tempat solat sama ada najis mukhaffafah, najis mutawassitah atau najis mughallazah, dan darah/ nanah adalah najis mutawassitah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih