BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya saya telah berniat kurban pada tahun ini perkara makruh dibuat adalah memotong kuku ,rambut dan seangkatan denganya jika dibuat dengan segaja, persoalanya sekiranya saya bekerja sebagai pegunting rambut adakah saya berbuat perkara yang makruh ? Minta pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban adalah disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan zulhijjah sehingga selesai ibadah korban tersebut. Ia merupakan sunat kepada orang yang membuat korban sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 160

message user image