BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya bekerja sebagai creative designer. Ada satu client saya meminta saya membuat design untuk posting media sosial bisnes bar diorg. Adakah saya bersubahat kerana saya design poster berkaitan dengan minuman keras?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, arak merupakan satu perkara yang diharamkan secara jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Betapa besarnya mudarat arak sehingga Islam mengharamkan kita daripada melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melibatkan arak. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالْمُشْتَرِي لَهَا، وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (Riwayat al-Tirmizi) Justeru itu, sebagai creative designer yang menerima tawaran dari pelanggan agar membuat design untuk di posting dalam media sosial bagi urusan perniagaan bar yang sememangnya melibatkan arak adalah dianggap sebagai bersubahat dalam melakukan kemaksiatan dan ianya dilarang sama sekali. Ia termasuk dalam kategori orang yang makan hasil jualannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 169

message user image