Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, ustaz saya nak tanya pasal hukum sikit. Saya ada parut jerawat yg sangat besar di muka saya, parut ni memang sangat besar membuatkan saya malu untuk berhadapan orang lain setiap hari. saya dah cuba macam2 cara untuk pudarkan seperti laser treatment tapi dia tak hilang. Jadi saya ad jumpa produk liquid microskin yg mana dia boleh tutup warna gelap parut2 saya di muka supaya dia kurang kelihatan. produk ni memang digunakan oleh mangsa2 kebakaran dan lain2 untuk tutup parut atau cacat cela. produk ni dia mcm second skin yang mampu ‘camoflage scar’ dan dia boleh tahan selama dua hari sebelum kena apply balik..dia waterproof jadi dia tahan lama. Tapi persoalan saya boleh tak saya nak guna produk ni setiap hari dan saya takut wudhu saya tak sah sebab liquid ni waterproof.Saya memang kena pakai mekap ni dan biar dia kekal untuk beberapa hari(2 hari)untuk tutup parut saya ni.Harga produk ni sangat mahal untuk saya apply dan reapply dgn kerap. Saya sgt memerlukan produk ni untuk kembalikan keyakinan diri dan tak malu berjumpa dengan orang setiap hari. saya harap produk ni dapat membantu saya kerana sebelum ni saya sangat depressed berkaitan parut ni. produk ni dia hanya mampu tutup tona warna dan dia macam meresap ke kulit tanpa nmpak saya macam pakai mekap.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, dalam keadaan ini ada beberapa perkara yang mesti diambil perhatian berkenaan hukum dan ibadah. Menggunakan sesuatu produk untuk menutup aib itu hukumnya harus, tetapi menjadi haram jika untuk kecantikan. Manakala berkenaan ibadah seperti wuduk, solat dan mandi wajib jika ia menghalang air, maka tidak sah. Jika saudara hendak guna juga, maka setiap kali masuk waktu solat wajib dibersihkan agar tidak menghalang air wuduk kerana boleh menyebabkan tidak sah solat. Jika ada inisiatif atau produk lain yang bukan waterproof dan mempunyai fungsi yang sama adalah disyor untuk digunakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.