Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Pengantin perempuan seorang janda yg bmastautin di Pulau Pinang selama 15 thn ada 2 wali sedarjat. Dia memilih abg sulung sbgai wali yg tinggal di Sg Petani krn lebih alim dari wali keduanya. Wali sedarjat abg no 2 berada di Perlis tetapi wali enggan. Pengantin ingin memilih berkahwin di Thailand. Adakah sah pernikahannya sekiranya tmpt blgsgnya nikah tsebut kurg dr 2 marhalah dr wali kedua yg enggan? Tetapi lebih 2 marhalah dari wali abg sulung yg tinggal di Sg Petani.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan puan, adalah afdhal bagi pengantin perempuan tersebut memilih walinya sendiri (abang sulung). Maka, sah nikahnya yang dilakukan di Thailand. Justeru tiada masalah tentang marhalah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.