Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Boleh kah akad nikah di lakukan oleh abang sulung pihak perempuan selain dari bapa pihak perempuan atas sebab bapa pihak perempuan sakit.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, sesuatu pernikahan itu memerlukan bapa kandung untuk bertindak sebagai wali melainkan bapa kandung tersebut telah meninggal dunia barulah wali akan berpindah ke urutan seterusnya. Sebaiknya berhubung dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.