BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya keliru soal puasa sunat Nabi Daud. Saya difahamkan bahawa sekiranya kita berpuasa pada hari Jumaat, kita perlu menggabungkan dengan hari Sabtu atau Khamis. Bagaimana pula dengan puasa sunat Nabi Daud? Sekiranya saya bermula pada hari Isnin, pasti akan jatuh pada hari Jumaat. Patutkah saya gabungkan dengan Khamis/Sabtu ataupun tidak perlu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada puasa yang lebih afdhal dari puasa Daud. Puasa Daud bererti sudah berpuasa separuh tahun kerana sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa” (Riwayat al-Bukhari) Tatacara puasa Nabi Daud AS adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu puasa selang sehari. Adapun jika bermula puasanya hari isnin, maka selasa dia tidak berpuasa dan seterusnya (selang-seli). Namun, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan puasa sebelum atau sesudahnya” (Riwayat al-Bukhari) Maksud kepada hadis di atas jika berpuasa pada hari Jumaat sendirian tanpa disusuli sebab-sebab khusus untuk melakukannya seperti puasa wajib (Ramadhan dan nazar) atau disusuli puasa sunat seperti puasa Nabi Daud. Oleh itu, puan tidak perlu untuk menggabungkan puasa hari sebelum atau selepas hari Jumaat jika sedang melaksanakan puasa Nabi Daud. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 3074

message user image