BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Isteri bekerja: 1. Adakah pendapatan isteri boleh di ambil suami atas alasan bekerja ingin meringankan beban suami 2. Bagaimana isteri yang mengeluh kepenatan bekerja dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab rumahtangga sedangkan suami tidak menuntut untuk isteri itu bekerja. 3. Apakah tuntutan sebenar hak2 suami isteri yang sama2 bekerja?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, wang, pendapatan atau harta yang dimiliki oleh isteri melalui pekerjaannya (gaji) atau hibah atau warisan (pusaka) adalah menjadi milik peribadinya. Tidak boleh digunakan melainkan dengan keizinan dan kerelaan isteri. Namun, jika isteri mengizinkan, maka halallah bagi suaminya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (an-Nisa’ : 4) Adapun, perkara ini perlu dilihat secara adil antara hak dan tanggungjawab suami dan isteri. Jika suami mampu memberi nafkahnya terhadap isteri dan anak-anak, maka tiada keperluan untuk isteri keluar bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Tetapi, jika suami tidak mampu menanggungnya, maka izinkanlah isteri keluar bekerja untuk sama-sama membantu keluarga. Malah harta isteri yang digunakan untuk membantu keluarga menjadi sedekah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 122

message user image