Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah sah solat jumaat seseorang itu sekiranya dia datang pada Masa imam sudah berada di rakaat yang kedua.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, seseorang yang masbuk pada Solat Jumaat ketika tahiyat akhir hendaklah menyempurnakan Solat Jumaat dengan 4 rakaat selepas salam. Ia dikira Zuhur dan telah luput Jumaat. Manakala, bagi situasi makmum yang sempat rukuk bersama-sama dengan imam pada rakaat kedua maka hendaklah menambah satu rakaat sahaja selepas salam, kerana dikira dapat Jumaat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.