BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: *Salam.soalan sy mengenai pembahagian harta yg di tinggal kan si mati. Sebelum itu, sy cerita kan serba sedikit situasi yg sy hadapi. Ayah sy baru saja meninggal dan arwah ada simpanan dalam bank sebelum ni . Selepas arwah meninggal, abg2 sy minta persetujuan utk mengeluar kan wang simpanan arwah dgn alasan ingin melangsaikan segala hutang nya jika ada. Jadi kami semua sign tanda setuju utk keluarkan wang simpanan arwah .akan tetapi, sampai sekarang sy masih tidak diberitahu langsung mengenai wang @ maklumat mengenai hutang2 jelas kan. Soalan sy, bagaimanakah yg seharusnya yg perlu di lakukan oleh waris mengenai wang simpanan arwah ? Dan boleh ke waris ( abg ) menggunakan wang arwah selain drpd mbayar hutang dan sebagainya tanpa persetujuan @ memaklum kan pada waris2 yg lain ?? Mohon penjelasan mengenai situasi ini . Sekian sahaja .- Terimakasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apabila berlaku kematian, adalah menjadi tanggungjawab waris yang hidup untuk menguruskan segala harta peninggalan si mati mengikut hukum syarak iaitu: 1. Membayar segala hutang si mati menggunakan harta peninggalan simati. 2. Melaksanakan segala wasiat si mati berkaitan hartanya (tidak melebihi 1/3). 3. Lebihan dari kedua perkara tersebut wajib difaraidkan mengikut pembahagian yang telah ditetapkan di dalam Islam. Tanah yang ditinggalkan oleh si mati adalah menjadi milik setiap ahli waris yang berhak mewarisi mengikut hukum syarak, tanah itu juga bukanlah milik penama di atas geran kerana penama hanya pemegang amanah. Oleh itu, sebarang hasil yang datang dari tanah tersebut perlu dibahagikan kepada setiap waris yang berhak mendapat bahagiannya sebagai ahli waris. Dan wajib zakat seandainya memenuhi syarat. Begitulah juga wang simpanan yang ditinggalkan oleh arwah bapa, wang tersebut wajib dibahagikan mengikut hukum faraid sebagaimana yang telah disyariatkan di dalam Islam, jika semua ahli waris bersetuju, maka wang tersebut bolehlah dibahagikan sama rata di antara ahli waris. Bagi mengelakkan masalah menjadi semakin rumit semua harta peninggalan si mati mestilah dibahagikan mengikut kiraan faraid secepat mungkin, boleh rujuk ke Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri untuk maklumat lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image