Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Adakah cecair jernih yang keluar daripada kulit seperti gelembung air pada kulit dikira najis?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, cecair jernih tersebut bukanlah najis, ianya hanya kekotoran yang perlu dicuci seperti biasa sahaja. Namun, jika bercampur dengan darah yang menjadi nanah ia dikira najis mutawassitah (متوسطة). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.