BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Ustaz, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan status lafaz cerai. Tempoh hari saya telah bergaduh dengan isteri kerana isteri enggan membawa bersama anak kami yang masih kecil untuk pulang ke kampung saya. Saya berasa kesal dan marah kerana anak kami tersebut masih belum ditemukan dangan bapa saya di kampung dan dalam kemarahan tersebut saya telah mengeluarkan kata kata yang berbunyi lebih kurang 'kalau sampai ayah aku tak sempat jumpa cucunya nanti aku cerai kau'. Maksud saya dalam lafaz berkenaan adalah kalau ayah saya ditakdirkan meninggal 1 hari nanti tanpa sempat berjumpa anak kami, saya akan ceraikan isteri saya. Soalan saya, jatuhkah talak disebabkan saya lafazkan kata kata tersebut? Mohon pihak tuan agar dapat menjawab kekeliruan saya ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik : “kalau sampai ayah aku tak sempat jumpa cucunya nanti aku cerai kau”, itu merupakan lafaz taklik yang soreh (jelas). Justeru, ia memberi kesan ke atas perkahwinan tuan. Oleh kerana taklik itu bersifat “mengikat” dengan perkataan “kalau sampai ayah aku tak sempat jumpa cucunya”, maka jika berlaku seperti keadaan tersebut, maka jatuh talak sepertimana yang dilafazkan. Adalah dinasihatkan tuan mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi menentukan pengesahan lafaz taklik dan status perkahwinan tuan mengikut bidangkuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 145

message user image