BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah hukum bekerja di syarikat A yang menjual servis pembungkusan/pembungkusan semula(repackaging)/testing kepada syarikat yang lain (B). Syarikat B menjual produk itu kepada pelbagai syarikat networking yang lain , salah satunya mungkin laman web lucah. Namun , pengetahuan terhadap maklumat pelanggan syarikat B ialah terbatas dan pekerja syarikat A tiada maklumat mengenainya (cuma dari sembang-sembang rakan sekerja saya mendapat tahu salah satu pelanggan akhir syarikat B ialah salah sebuah laman web lucah). Apakah hukum saya bekerja sekarang? Adakah punca rezeki saya halal?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pekerjaan dan pendapatan puan bekerja di Syarikat A adalah halal, kerana produk yang dibekalkan itu adalah halal. Justeru, pekerjaan tersebut tiada kaitan dengan urusan yang dilakukan oleh Syarikat B, kecualilah Syarikat A membekalkan servis yang jelas haram dan turut membantu dalam perkara-perkara yang maksiat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 103

message user image