Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum, saya ingin tanya adakah jatuh talak jika katakanla ada seorang budak remaja umur 13-14 main main bergurau sewaktu sembang sebut "kalau nanti aku kahwin, isteri aku dah tak cantik lepas 5 tahun, aku cerai talak 3". Walaupun ternyata budak remaja ni belum berkahwin tapi adakah akan jatuh talak lepas dia berkahwin satu hari nanti?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, gurauan budak remaja tersebut tidaklah menyebabkan jatuhnya talak kerana mereka belum lagi menjadi pasangan suami isteri melalui akad nikah yang sah. Dan gurauan tersebut tidaklah menjadi taklik atau terikat sekiranya mereka berkahwin kelak, kerana belum lagi menjadi isteri sebagaimana syarat sah nikah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.