BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya kalau anak luar nikah tidak boleh di walikan dengan bapa kandungnya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibu kandungnya sahaja tidak dinasabkan kepada bapa sekalipun kepada bapa biologinya. Oleh itu anak tidak sah taraf hanya boleh berwalikan wali hakim sahaja untuk urusan pernikahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image