BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tn/pn sy Ada pertanyaan .baru baru ni saya Dan isteri bercerai talak satu .boleh ke dalam tempoh iddah Saya rujuk balik dengan isteri ..perlu ke Saya dengan isteri .bernikah semula atau cukup .dengan ucapan jelas rujuk .semula kepada isteri.. terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz rujuk adalah lafaz dari suami kepada isteri untuk kembali semula semasa tempoh iddah. Suami perlu melafazkan perkataan yang difahami oleh isteri dengan maksud rujuk ketika isteri masih dalam iddah dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk melafazkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image