BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya merupakan petugas kesihatan yang diarahkan untuk membuat kerja lebih masa (Luar waktu pejabat) bayaran kami bergantung kepada pesakit yang datang. Tiada pesakit datang kami tidak akan mendapat upah.pada pendapat pihak tuan adakah patut sedemikian. Tiada orang yang datang. Kami tak dapat upah. Dalam waktu bertugas kami tidak boleh kemana mana. (Standby)adakah menjadi dosa sekiranya tiada orang yang datang kami membuat tuntutan. Takkan kami tak dapat upah sedangkan kami sentiasa duduk dalam keadaan berjaga jaga. Masa tidur lena dan masa bersama keluarga kami korbankan. Kadang kadang hari minggu pun kami kena standby. Tak boleh kemana mana. Tiada pesakit tiada upah. Minta tolong ustaz jawab soalan saya ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apabila pihak majikan telah menetapkan upah adalah mengikut kepada bilangan pesakit yang datang, maka tiada sebarang tuntutan upah boleh dibuat dan berdosa hukumnya kerana menipu, jika membuat tuntutan upah sedangkan tiada pesakit yang hadir. Namun, perkara ini hendaklah dibincangkan bersama majikan agar ada tuntutan yang boleh dibuat walaupun tiada pesakit, mengikut budi bicaranya agar kehadiran pekerja tersebut dihargai serta ada sedikit imbuhan di atas pengorbanan masa yang dilakukan pada hujung minggu. Mudah-mudahan pihak majikan mengambil kira kebajikan pekerjanya. Adapun, perkara yang berkaitan bayaran elaun kerja lebih masa bagi kakitangan awam (kecuali anggota dalam perkhidmatan Polis, Bomba, Tentera dan Penjara), layak membuat tuntutan kerja lebih masa berdasarkan kepada pekeliling yang digunapakai bagi setiap jabatan melainkan pegawai yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa itu, telah diberi sesuatu sebagai imbuhan khas seperti sagu hati adalah tidak layak diberi elaun lebih masa atau cuti gantian atau pun pekerja dari kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta pekerja sambilan juga tidak layak membuat tuntutan kerja lebih masa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 191

message user image