Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sikit persoalan agama nk tanya. Kakak saya baru saja kehilangan suami pada Sabtu lepas. Arwah ada 4 org anak, 2 laki dan 2 perempuan. Masing2 umur 10(P), 8(L), 4(L) dan 2(P)...senang cerita semua belum baligh lagila. Jadi saya ada sikit kemusykilan berhubung dengan kewajiban/tanggungjawab ke atas kakak saya dan anak2 arwah. Sebelum tu, ni sedikit info berkaitan. Info bagi kakak saya: a. Bapa (meninggal) b. Ibu (masih hidup) c. Datuk sebelah bapa (meninggal) d. 1 x abang, 2 x adik lelaki seibu sebapa (masih hidup) Nota: Kakak merupakan seorang kakitangan kerajaan dan masih menerima gaji bulanan Info bagi anak2 arwah: a. Bapa (meninggal) b. Ibu (masih hidup) c. Datuk sebelah bapa (meninggal) d. Nenek sebelah bapa (masih hidup) e. Bapa saudara sebelah Bapa (7 orang masih hidup) Soalan: 1. Bagi urusan zakat fitrah, siapa yang wajib membayar zakat fitrah untuk kakak saya dan anak2 arwah? 2. Siapakah wali kepada kakak saya dan anak perempuan arwah? 3. Kakak saya menerima nafkah dari suaminya ketika masih hidup. Bagi situasi sekarang, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada kakak saya untuk meneruskan kelangsungan hidup?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Kewajipan zakat fitrah kakak, hendaklah dibayar sendiri jika beliau berkemampuan, tetapi jika tidak berkemampuan tanggungjawab tersebut beralih kepada walinya iaitu adik-beradik lelakinya. Manakala, bagi anak-anaknya tanggungjawab membayar zakat fitrah adalah kepada ibunya sebagai penjaga kepada anak tersebut. Namun, jika tidak mampu tanggungjawab itu beralih kepada wali kanak-kanak tersebut. 2. Wali kakak adalah bapa, datuk (jika masih hidup) dan adik-beradik lelaki seibu sebapanya yang paling hampir. Manakala wali bagi anak perempuan arwah adalah datuk (bapa kepada arwah ayahnya), adik-beradik lelakinya sendiri yang paling hampir. 3. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, selagi kakak mampu beliaulah yang menyaranya. Jika tidak mampu tanggungjawab tersebut kembali kepada walinya iaitu bapa, datuk dan adik-beradik lelakinya. Sebab itu, pembahagian pusaka bagi lelaki mendapat 2 bahagian lebih dari perempuan. Hikmahnya supaya sebagai wali, lelaki bertangungjawab menafkahi adik-beradik perempuannya sendiri yang tiada suami atau belum berkahwin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.