BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz. Saya punyai permasalahan mengenai haid. Kebiasaannya kitaran haid saya tetap, di mana hari 1-7 datang haid & suci dari hari 8 hingga ke 24 (kadangkala hingga 28) sebelum haid seterusnya. Bagaimanapun, baru baru ini saya dapati kesan setitis atau sangat sedikit warna coklat seakan2 darah lama yang keluar pada waktu berikut a) hari ke 14,15,16 b) hari ke 23,24 dan kemudiannya keluar darah seperti haidh pada hari ke 25 Persoalan saya seperti berikut a) apakah kesan coklat pada hari 14,15 itu haid dan 16,23,24 itu istihadhah? b) Pada hari ke 25, apakah itu haid atau istihadhah? Kerana melalu bacaan, tempoh minima suci dari haid adalah 15 hari tetapi sifat darah yang keluar pada hari ke 25 itu sama seperti haid saya yang biasa (warna & tempoh 7 hari)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, kes ini perlu mengikut kepada kebiasaan kitaran haid saudari iaitu 6 hari. Oleh itu, darah coklat pada hari 14, 15, 16, 23 dan 24 adalah dikira istihadhah. Pada hari ke 25 adalah permulaan haid berikutnya dan bilangan hari adalah mengikut adat kebiasaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 156

message user image