BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Setiap bulan kita digalakkan berpuasa 3 hari berturut-turut iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan Hijrah yang dipanggil hari-hari putih Untuk bulan Zulhijjah, tarikh 13 haribulan adalah hari terakhir bagi hari-hari tashrik yang diharamkan berpuasa padanya. Bolehkah saya berpuasa hari-hari putih bagi bulan Zulhijjah hanya untuk dua hari iaitu 14 dan 15 haribulan Zulhijjah kerana tarikh 13 haribulan Zulhijjah diharamkan berpuasa?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh berpuasa pada hari-hari putih bagi bulan Zulhijjah pada 14 dan 15 haribulan sahaja, kerana tarikh 13 haribulan adalah hari tasyriq yang diharamkan puasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 80

message user image