Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukum wanita pakai cincin jari tengah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Ali bin Abi Talib berkata : “Rasulullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah”. Hadith Riwayat Muslim والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.