BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.boleh saya tahu status ASB?surat terdahulu 11Mei 2017 menyatakan untuk buat semakan selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syariah melebihi 75%.sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, keputusan pelaburan Permodalan Nasional Berhad masih kekal sepertimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 iaitu: i. Hukum pelaburan Permodalan Nasional berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah iaitu الحكم يدور مع علته وجودا وعدما ertinya “Hukum Berubah menurut Perubahan ‘llah (sebab)”. ii. PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya; dan iii. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%. Sebarang perubahan berkenaan dengan status pelaburan ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image