BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak bertanya tumit saya pecah dan ada kotoran hitam adakah perkara ini menghalangkan air ketika wudhu adakah lubang tumit pecah boleh menyebabkan tidak masuk air dan adakah perkara ini dimaafkan syarak kerana sering berlaku dan tidak dapat dielakkan harap tuan dapat menjawab soalan saya kerana saya was was tentang isu ini


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika kotoran hitam yang berada di celahan tumit kaki yang pecah itu adalah kotoran yang boleh ditanggalkan, maka ia wajib dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan wudu’ supaya tidak menghalang air sampai ke kulit. Kotoran tersebut boleh dibersihkan dengan menggunakan minyak atau lotion yang sesuai dengan kulit sebelum dibersihkan menggunakan sabun. Jika sudah berusaha membersihkannya tetapi kotoran tersebut tetap tidak hilang, maka perkara tersebut adalah dimaafkan mengikut Hukum Syarak. Adapun jika kotoran hitam tersebut adalah warna kulit kaki yang telah bertukar menjadi hitam atas sebab-sebab tertentu, maka hanya perlu dibersihkan seperti biasa tanpa menganggalkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 243

message user image