BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Soalan saya, apakah hukumnya bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penapisan air, dan dalam kita bekerja, kita tahu ada rakan-rakan kita yang berikan komisen untuk mendapatkan sales? Adakah ia digelar rasuah walaupun bukan untuk mendapatkan sesuatu yang haram? Apakah hukumnya jika kita sudah meletakkan jawatan atas sebab sebab tidak mahu terlibat dalam pemberian komisen, akan tetapi pihak atasan berjanji akan menukarkan kita ke jabatan yang berlainan? Adakah ianya masih haram bekerja di syarikat tersebut? Kerana bukan semua pekerja memberikan komisen, hanya satu dan dua orang sahaja yang mengamalkannya sedangkan pihak atasan tidak menggalakkan pemberian komisen. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, bekerja di syarikat tersebut adalah harus. Perbuatan tersebut dianggap sebagai ghulul, sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ Maksudnya : “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)" (Riwayat Abu Daud) Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 ) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam. Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 ( PP 3/1998 ), hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada diterima pegawai itu. ( Rujuk Para 4 - PP 3/1998 ) Rujukan link : http://www.sprm.gov.my/index.php/hadiah Harus bekerja di jabatan yang berlainan jika didapati jabatan itu mengamalkan cara kerja yang tidak patuh syariah. Pekerja yang menerima komisen sepatutnya dikenakan tindakan yang sewajarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 229

message user image