BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang adab menerima berita kehamilan. Apabila seorang isteri disahkan hamil, mana yang lebih afdhal mengikut pandangan Islam, merahsiakan atau menghebahkan? Bila masa yang afdhal untuk menghebahkan sekiranya lebih afdhal untuk menghebahkan daripada merahsiakan? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi pasangan suami isteri menerima berita kehamilan merupakan suatu perkara yang sangat menggembirakan dan dinanti-nantikan bagi kebanyakan pasangan yang baharu berkahwin. Islam tidak melarang untuk memaklumkan berita gembira tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Islam juga tidak menentukan masa-masa tertentu untuk membuat hebahan tentang kehamilan tersebut. Apa yang dianjurkan dalam Islam adalah banyakkan bersukur kepada Allah SWT ketika mana menerima berita tentang kehamilan tersebut. Penjagaan kesihatan juga perlu diberi keutamaan kerana diawal kandungan ibu-ibu mudah terdedah kepada pelbagai risiko sepanjang kehamilan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image