Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam ustaz, saya nak tanya hukum memelihara ular dan hukum urusan jual beli ular.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum memelihara ular adalah haram, kerana ular adalah binatang yang merbahaya dan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia. Ular adalah haiwan yang dibenarkan untuk dibunuh sekirannya ia mengancam nyawa manusia. Dari A’isyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Lima haiwan memudharatkan dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu: Ular, burung gagak, tikus, anjing gila atau ganas, dan helang. (Riwayat Muslim) Hukum jual beli ular adalah tidak sah kerana ular adalah haiwan yang tiada manfaat atau kebaikan bahkan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.