Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya seorg suami mencadangkan kpd isterinya utk mereka berpisah (bercerai) utk tempoh beberapa bulan dan akan rujuk semula bila tiba masa yg sesuai.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan puan, cadangan tersebut tidak menyebabkan jatuhnya talak. Ini kerana ia dalam bentuk cadangan/ hasrat untuk berpisah pada masa yang akan datang dan bukannya bercerai pada masa tersebut. Lafaz cerai terbahagi kepada dua iaitu soreh (jelas) dan kinayah (sindiran). Lafaz soreh boleh menyebabkan jatuh talak walaupun tanpa niat. Manakala kinayah hanya boleh jatuh talak jika ada niat menceraikaan isterinya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.