BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya nak bertanya berkaitan solat jamak & qasar. Saya menetap di johor bahru. Kampung saya di batu pahat, jarak lebih kurang 110km (lebih 2 marhalah). Soalan saya, sekiranya saya pulang ke kampung pada hujung minngu (jumaat, sabtu, ahad), adakah saya dibolehkan untuk solat jamak dan qasar sepanjang saya berada dikampung selama 3 hari itu? Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika sudah cukup syarat iaitu bermusafir lebih 2 marhalah dan tidak tinggal lebih dari 3 hari, maka boleh melakukan solat secara jamak dan qasar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image